Kek yang simple dan mudah untuk disediakan:)
Bahan-bahan:
3/4 cawan gula kastor
3/4 cawan mentega
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar sunquick @ jus lemon @ jus oren
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk penaik
Cara penyediaan:
- Pukul mentega dengan gula kastor sehingga kembang
- Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan diikuti sunquick
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti serbuk penaik
- Masukkan esen vanila
- Letak adunan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega (tak bagi kek melekat). Decorate mengikut kesukaan.
- Bakar selama 50minit hingga 1 jam
Siap!!!!
0 comments:
Post a Comment